Thursday, June 11, 2009
Friday, June 5, 2009
KuLiAh miNggu 7 (1 JuN 2009)
PEMBENTANGAN PROPOSAL
1. MENINGKATKAN MINAT/PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK SEJARAH DENGAN MENGGUNAKAN KARTUN
contoh : komik Tun Dr. Mahathir / komik Lat / komik UJANG (Aku Budak Minang)
2. MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR DALAM PERTANDINGAN PUISI MELALUI PENCARIAN HARTA KARUN
Objektif :
- Meningkatkan kefahaman dan minat pelajar terhadap puisi.
Prosedur :
- Terbahagi kepada 4 chekpoint
- Soal selidik sebelum dan selepas aktiviti
3.MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN BIOLOGI DENGAN MENGGUNAKAN KATA KUNCI MELALUI KAEDAH REKACIPTA LAGU
Prosedur :
- Pre and post test.
KuLiAh miNGGu 6 - KuLiAH GaNti (29 mEi 2009)
PENGUMPULAN DATA
Pengenalan
* Ada pelbagai teknik pengumpulan data.
* Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik, ia tetap tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.
* Penyelidikan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna.
* Sehubungan itu usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
3 SeBaB PeRLu CaPai KuALiTi TiNggi
#Tanggungjawab kepada pelajar.
#Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.
#Keperluan untuk membuat tindakan dan berusaha kepada perkara manfaat ( menambah ilmu pengetahuan ) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
KriTeRiA KuALiTi
- Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain.
- 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN.
- Kedua2 konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.
KESAHAN
- Merujuk kepada kebenaran data.
- Dengan mengetahui sama ada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena kursus yang dikaji.
KEBOLEHPERCAYAAN
- Berkaitan dengan ketetapan data.
- Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.
- Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan kepada data tersebut pengkaji perlu selalu bertanya :
- adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat dan realiti?
- bolehkah saya fikir sekarang sebab untuk syak kepada ketetapan data?
5 TaHaP PeNyELiDiKaN
TAHAP 1 : MENGENALPASTI MASALAH
TAHAP 2 : PERANCANGAN TINDAKAN
TAHAP 3 : MENGUMPUL DATA
TAHAP 4 : ANALISIS DATA
TAHAP 5 : PERANCANGAN UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA
MENGUMPUL DATA
- Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk menjawab persoalan kajian?.
- Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?.
ALAT PENGUMPULAN DATA
- Pemerhatian (video tape) / senarai semak
- Nota guru dan komen
- Kerja pelajar
- Refleksi pelajar
- Jurnal pelajar
- Ujian
- Tinjauan soal selidik
- Temuduga (audio tape)
TuGaSaN
Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya dibahagian pengumpulan data.
Thursday, May 28, 2009
kuLIAH miNGGu 6 (25 mEi 2009)
AKTIVITI 1 : PENGENALAN DIRI
Jawab semua soalan di atas kertas A4:
1) Nama dan No Matrik
2) Bidang Pengkhususan
3) Alamat Tetap
4) Status
5) Ijazah
6) Mengapa ingin menjadi cikgu?
7) Guru yang paling disukai dan kenapa?
8) Guru yang paling dibenci dan kenapa?
9) Apakah tugas guru?
10) Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir
HARI PERTAMA MASUK KE KELAS : KENALI PELAJAR ANDA TERLEBIH DAHULU
TUGAS GURU : BERKONGSI ILMU / PENGETAHUAN DENGAN PELAJAR
“EDUCATION IS A SHARING KNOWLEDGE”
AKTIVITI 2 : REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN SEMINAR SERANTAU
Aktiviti Berpasangan :
1) NUR AINI ABDUL RASHID
2) NURUL HIDAYAH MOHD YATIM
ARAHAN : Pilih salah satu tajuk kertas kerja kajian tindakan yang dibentangkan semasa Seminar Serantau di Klana Resort, Seremban dan bincangkan beberapa aspek yang merangkumi persoalan:
1) APA?
2) KENAPA?
3) BAGAIMANA?
4) PROSEDUR?
TAJUK PEMBENTANGAN : KEBERKESANAN PENGGUNAAN ANIMASI STATIK BERDIALOG DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH
PEMBENTANG : EN. AHMAD ALI BIN SEMAN, UKM
SESI SELARI : 1C ( 8-10am )
TEMPAT : SRI MERANTI
Monday, May 25, 2009
TuGaSaN 2 ( uLaSaN aRtiKeL )
1. Evaluating Critical Thinking in Class and Online: Comparison of the Newman Method and the Facione Rubric
2. Evaluating a Blended-Learning Course taught to Different Groups of Learners in a Dental School
3. Developing a peace education curriculum for Vietnamese primary schools: A case study of participatory action research in cross-cultural design
Sunday, May 24, 2009
TuGaSan 1 ( uLaSaN BuKu )
NAMA PENGARANG : GEOFFREY E.MILLS
TAHUN TERBITAN : 2003
TEMPAT DITERBITKAN : UNITED STATES, AMERIKA
NAMA PENERBIT : MERILL PRENTICE HALL
KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah :
Ø Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan secara berterusan.
Ø Dilakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pelajar sendiri.
Ø Kajian terhadap persekitaran sekolah atau kelas yang melibatkan warga sekolah itu sendiri.
Ø Menggunakan kaedah kualitatif.
Ø Bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan (amalan masing-masing) melalui perubahan.
OMemahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN
- Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
- Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
- Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Memudahkan objektif dapat dicapai dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri.
- Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
- Menjadikan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
- Mewujudkan kerjasama secara kolaboratif di kalangan guru dan para pelajar.
REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
Reka bentuk kajian tindakan adalah corak atau model yang dirujuk atau digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan.
1. Model
-Kurt Lewin (1952) : Kajian tindakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas. Ia dilaksanakan dalam satu siri langkah-langkah gelungan yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan tinjauan.
-Emily Calhoun (1994) : 5 fasa dalam melakukan kajian tindakan yang berkesan, iaitu :
1) Memilih 1 aspek atau fokus kajian.
2) Mengumpulkan data.
3) Mengorganisasi data.
4) Menganalisis dan meninterprestasi data.
5) Mengambil tindakan.
-Gordon Wells (1994) : Memperkenalkan model Idealized Model of the Action Research Cycle yang meliputi pemerhatian, pentafsiran, perubahan perancangan, tindakan dan “the practitioner’s personal theory”.
-Ernest Stringer (1996) : Action Research Interacting Spiral yang meliputi proses melihat, berfikir dan tindakan. Proses ini dilakukan secara berterusan.
-Richard Sagor (2000) : Menyatakan 7 peringkat dalam melakukan kajian tindakan iaitu :
1) Memilih fokus kajian.
2) Menjelaskan teori.
3) Kenalpasti persoalan kajian.
4) Mengumpul data.
5) Menganalisis data.
6) Melaporkan keputusan.
7) Mengambil tindakan.
-John Creswell (2002) : Kajian tindakan adalah sesuatu yang dinamik, proses yang fleksibel melibatkan langkah-langkah berikut :
1) Menentukan rekabentuk kajian tindakan yang paling bagus untuk digunakan.
2) Mengenalpasti masalah, mengesan sumber-sumber yang yang berkaitan, menentukankan maklumat penting.
3) Melaksanakan data yang dikumpulkan.
4) Menganalisis data tersebut.
5) Membina perancangan untuk sesuatu tindakan.
6) Menjalankan rancangan serta refleksi, sama ada tindakan yang telah dibuat itu memberikan perbezaan dan kelainan ataupun tidak.
* Secara kesimpulannya semua jenis model ini boleh digunakan bergantung kepada kontek yang ditetapkan.
* Semua model kajian tindakan ini juga sebenarnya mempunyai beberapa elemen yang sama antara satu sama lain, iaitu :
1. Mengenalpasti perkara yang perlu diberi tumpuan.
2. Mengumpulkan data. (tinjaun, temubual, kad laporan dll)
3. Menganalisis dan mentafsir data.
4. Mengambil tindakan.
Keempat-empat elemen ini dikenali sebagai ‘The Dialectic Action Research Spiral’.
2. Sampel / Participant
Masalah : Bagaimana meningkatkan teknik pengajaran dalam bidang kokurikulum di kalangan pelajar minoriti yang bertentangan dengan budaya mereka. Guru memutuskan teknik terbaik untuk mengajar ESL ( Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ) dan bagaimana strategi atau kaedah itu memberi kesan.
3. Seting Kajian
PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
1. Menyatakan tujuan kajian
2. Mengenalpasti kesuesuaian kajian
3. Membina soalan kajian
4. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian dan penambahbaikan
5. Menyatakan ahli kumpulan yang terlibat dalam kajian ini
6. Menyatakan syarat-syarat yang perlu ditekankan
7. Menetapkan jangka waktu
8. Menyenaraikan sumber rujukan
9. Menyatakan teknik pengumpulan data
PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif
1. Instrumen kajian
· Data
· Borang
2. Teknik pengumpulan data
§ Dapatan maklumat aktiviti harian
§ Maklumat dari soalan
§ Sumber konvensional ( pemerhatian, penyolan, temubual )
§ Sumber sokongan ( sikap, portfolio, rangka kerja )
§ Temuduga
§ Pengalaman
§ Penyoalan
§ Penyelidikan
§ Tinjauan
§ Gambar
§ Rakaman
3. Teknik penganalisisan data
Ø Mengenalpasti tema kajian
Ø Mengekod pemantauan, temuduga dan soal jawab
Ø Menyatakan pokok persoalan
Ø Mengadakan kajian tentang organisasi
Ø Menyatakan peta konsep
Ø Menganalisis elemen kesan dan kemungkinan kajian
Ø Menyatakan dapatan
Ø Menentukan kelemahan dapatan
Ø Menggunakan perisian komputer untuk mengalisis data
ETIKA KAJIAN TINDAKAN
1. Garis panduan :
-Pengkaji perlu mengetahui garis panduan etika kajian.
-Pengkaji perlu mengetahui bagaimana hendak mendapat hasil jawapan yang bermutu.
-Perlu tahu prinsip sosial yang wujud dalam komuniti kajian.
-Tiada ruang untuk melakukan sebarang penipuan di dalam kajian.
-Memastikan data yang diperolehi merangkumi garis panduan kajian tindakan.
2. Konsep etika dalam rangka kerja kajian kualitatif :
-Tidak meletakkan perspektif yang rendah terhadap guru sebelum dan selepas melakukan kajian.
-Mengenalpasti etika yang patut di ambil dan mendalami perasaan responden.
-Mewujudkan praktik hubungan yang baik dengan responden.
KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN
Strategi Wolcott dalam memastikan kesahan kajian tindakan
Sebagai pengkaji kita perlu mengambil berat terhadap strategi yang digunakan, ini kerana ianya berkait rapat dengan kesahan dan kualiti supaya ianya menjadi satu kajian yang terbaik. Ini merangkumi langkah-langkah berikut ;
1. Sedikit bercakap banyak mendengar.
2. Merakam pemerhatian secara terperinci.
3. Menulis dapatan secara beransur-ansur.
4. Memaklumkan kepada responden intipati kajian.
5. Laporan yang lengkap.
6. Kepelbagaian kajian.
7. Mendapatkan maklum balas.
8. Menulis secara teliti dan menyeluruh.
PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada para guru sekiranya mahu menjalankan kajian tindakan. Secara kesimpulannya buku ini memuatkan beberapa elemen penting yang harus diberi penekanan oleh guru sebagai penyelidik. Pada peringkat awal penulis terlebih dahulu menjelaskan definisi kajian tindakan, sejarah awal kajian tindakan serta tujuan melakukan kajian tindakan. Penulis juga turut menampilkan beberapa jenis reka bentuk atau model yang boleh di guna pakai semasa menjalankan kajian tindakan. Kemudian barulah penulis menerangkan prosedur atau proses yang perlu dilakukan.Di samping itu, di dalam buku ini juga turut mempunyai carta, gambarajah serta contoh-contoh releven yang dapat meningkatkan kefahaman guru apabila membacanya.
Thursday, May 14, 2009
kuLiAH MiNGGu 4 (11 mEi 2009)
- Juga dikenali sebagai Kajian Kuantitatif.
- Pada mulanya kita membuat kajian tindakan tersebut.
- Kajian itu dilakukan beberapa / banyak kali.
- Kemudian minta cikgu lain melakukan kajian yang sama dan menggunakan kaedah yang sama tetapi tiada penambahbaikan dan seterusnya melihat keberkesanannya.
Kajian Kozai
- Membuat kajian tetapi tidak beri penekanan kepada tahap keberkesanan.
- Merupakan input awal.
- Analisis keperluan sebelum membuat intervensi.
- Melihat apakah kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh orang lain.
- Membaca buku-buku yang berkaitan seperti psikologi dan sebagainya.
- Kemudian mencuba teknik tersebut di dalam kelas supaya apa yang kita lakukan berdasarkan fakta.
- Merujuk kajian-kajian orang lain semasa proses merancang.
- Membuat perbandingan dengan kajian-kajian lain semasa proses tindakan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAJIAN TINDAKAN
Kajian Kepustakaan : Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.
Membanding dan Membezakan :- Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
- Kemahiran ini digunakan apabila :
i) Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.
ii) Membuat pilihan atau keputusan.
Langkah penggunaan :
a) Perhati dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, produser, perkumpulan dan penganalisisan data).
b) Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
c) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.
Menganalisis :
- Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- Menganalisis ialah 1 kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
- Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pengetahuan.
- Menghasilkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gabungan yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
kuLiah MiNggu 3 (04 mEi 2009)
PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
- Perubahan dalam pendidikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia boleh menyebabkan percambahan ilmu.
- Perubahan menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.(Oliver 1996 - Buku The Management of Education Change : A Case Study Approach).
- Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian. Ketikpastian mesti dielakkan kerana ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.
Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan :
1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN
Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:
- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen & produktiviti staf.
2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI
Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:
- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab &
sistem ganjaran.
3.PERUBAHAN REAKTIF
Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders) .
- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.
4.PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
kerana kesedaran di kalangan pengurusan mhukan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah :
- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.
PERUBAHAN ADALAH SESUATU YANG KOMPLEKS
- Kerumitan perubahan adalah dari segi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.
- Ia dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi.
Perubahan secara Evolusi :
*Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
*Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.
Perubahan Revolusi :
*Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.
PERUBAHAN ADALAH SESUATU YANG MULTIDIMENSI
- Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan
melibatkan pelbagai pertimbangan. - Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti 6 dimensi
yang berkaitan dengan perubahan.
1) Tujuan Perubahan : untuk penambahbaikan.
2) Unit Perubahan terdiri daripada :
i. Individu.
ii. Kumpulan / Pasukan.
iii. Jabatan.
iv. Organisasi.
v. Sistem Organisasi.
vi. Komuniti.
3) Sifat Perubahan :
- menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).
- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.
4) Magnitud Perubahan :
- sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.
- perubahan dalam skala besar memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan.
- perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.
5) Skop Perubahan :
- skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.
6) Jangka Masa Perubahan :
- terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.
MODEL-MODEL PERUBAHAN
i) Model Penggabungan Roger
ii) Model Kanter
iii) Model Rand
iv) Model Acot
Aktiviti Berkumpulan :
1. Nur Aini Abdul Rashid
2. Siti Nazirah Ab. Wahab
3. Suzana Mohd Fauzi
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaiannya.
Sebab-sebab:
1. Ketidakpastian keberkesanannya.
2. Perubahan yang berlaku secara drastik.
3. Malas untuk melakukan perubahan.
4. Tidak mahu keluar daripada zon selesa.
5. Memerlukan masa yang panjang.
6. Perbezaan pandangan daripada beberapa pihak.
7. Takut kegagalan akan berulang kembali.
8. Berfikiran sempit dan negatif.
Penyelesaian:
1. Cuba lakukan perubahan terlebih dahulu.
2. Menerima perubahan secara perlahan-lahan.
3. Perlu membina motivasi.
4. Menyatakan kebaikan melakukan perubahan tersebut.
5. Bersabar untuk melihat kesan perubahan.
6. Menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka.
7. Mencuba sehingga berjaya.
8. Berfikiran terbuka dan positif.
Wednesday, May 13, 2009
kuLiAH miNGGu 2 (27 apRiL 2009)
Aktiviti 1 : Refleksi BIG II
Setelah tamat BIG II. Refleksi masalah dalam diri sendiri.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan:
a) Pengurusan aktiviti dan masa
b) Ketahanan stamina
Matlamat
Membentuk dan mendidik diri supaya lebih berdisplin dan bertanggungjawab dengan diri sendiri dan orang lain.
Objektif
Dapat menyusun aktiviti harian dengan baik dan menepati waktu dalam semua perkara serta mempunyai ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek yang mantap.
Pelan Tindakan
1.Langkah yang diambil
a) Pengurusan aktiviti dan masa yang baik :
-Setiap hari saya perlu membuat senarai perkara atau aktiviti yang hendak saya lakukan.
-Kemudian saya perlu menyusun perkara-perkara tersebut mengikut keutamaan serta sesuai dengan masa dan tempat.
-Saya hendaklah melaksanakan semua perkara tersebut mengikut jadual yang telah di buat. Saya juga perlu membuat senarai semak untuk memastikan segala tugasan dan kerja saya selesai.
-Selepas itu barulah saya meneliti semula jadual tersebut jika terdapat aktiviti atau kerja yang masih tertangguh atau masih lagi belum selesai.
b) Ketahanan stamina :
- Berjongging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Sentiasa melakukan senaman dan aktif bersukan.
-Cuba mengurangkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan di waktu lewat makan atau makan berlebihan.
-Merekodkan segala hasil dapatan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal untuk memastikan target atau sasaran dapat di capai.
-Meminta bantuan rakan-rakan untuk memberi teguran, cadangan dan semangat agar segala kekurangan itu dapat terus diperbaiki dari masa ke semasa.
2. Pengumpulan Data
- Tanya rakan-rakan mengenai kekurangan diri sendiri yang boleh diperbaiki.
-Muhasabah diri.
3. Pemantauan
-Melalui reaksi dan komen dari rakan-rakan.
-Melalui senarai semak jadual aktiviti harian.
-Melalui catatan yang telah direkodkan dari semasa ke semasa.
4. Penilaian
-Menilai diri saya sama ada perubahan tersebut berkesan atau tidak berdasarkan senarai semak jadual aktiviti harian dan catatan rekod yang telah di buat.
Aktiviti 2 : Refleksi Kursus GGGE 5014
Ahli Kumpulan :
1) Nur Aini Abdul Rashid
2) Siti Nazirah Ab. Wahab
3) Suzana Mohd Fauzi
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Sunday, May 10, 2009
JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
Definisi kajian : Penyelidikan yang melibatkan kegiatan mengumpul dan menganalisis data dan maklumat untuk meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu topik atau untuk mengurangkan sesuatu perbuatan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Definisi Kajian Tindakan : Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (pengetua sekolah, guru dan pelajar) membuat interventasi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.
Tujuan Kajian Tindakan dan kepentingannya kepada guru:
1) Menambahkan pengetahuan.
- Jurang2 dalam sesuatu bidang.
- Kembangkan idea serta pengetahuan sedia ada.
- Meluaskan perspektif
2) Membaiki amalan kerja.
3) Menambah kefahaman baru.
4) Meningkatkan profesionalisme dalam bidang keguruan.
5) Membina kemahiran melakukan penyelidikan.
6) Mendebatkan sesuatu polisi.
7) Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.
8) Memperkembangkan kemahiran dengan mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
9) Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion keguruan.
10) Menyelesaikan masalah professional tanpa arahan luar.
11) Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.
12) Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.
Rujukan : http://www.scribd.com/doc/10430809/Definisi-Kajian-Tindakank3
KAJIAN TIDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Guru meneliti, menyelidik, mengkaji secara sisitematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan PENAMBAHBAIKAN (bagaiman sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan member impak kepada pelajar).