Aktiviti 1 : Refleksi BIG II
Setelah tamat BIG II. Refleksi masalah dalam diri sendiri.
Penambahbaikan yang perlu dilakukan:
a) Pengurusan aktiviti dan masa
b) Ketahanan stamina
Matlamat
Membentuk dan mendidik diri supaya lebih berdisplin dan bertanggungjawab dengan diri sendiri dan orang lain.
Objektif
Dapat menyusun aktiviti harian dengan baik dan menepati waktu dalam semua perkara serta mempunyai ketahanan jasmani, emosi, rohani, intelek yang mantap.
Pelan Tindakan
1.Langkah yang diambil
a) Pengurusan aktiviti dan masa yang baik :
-Setiap hari saya perlu membuat senarai perkara atau aktiviti yang hendak saya lakukan.
-Kemudian saya perlu menyusun perkara-perkara tersebut mengikut keutamaan serta sesuai dengan masa dan tempat.
-Saya hendaklah melaksanakan semua perkara tersebut mengikut jadual yang telah di buat. Saya juga perlu membuat senarai semak untuk memastikan segala tugasan dan kerja saya selesai.
-Selepas itu barulah saya meneliti semula jadual tersebut jika terdapat aktiviti atau kerja yang masih tertangguh atau masih lagi belum selesai.
b) Ketahanan stamina :
- Berjongging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- Sentiasa melakukan senaman dan aktif bersukan.
-Cuba mengurangkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan di waktu lewat makan atau makan berlebihan.
-Merekodkan segala hasil dapatan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal untuk memastikan target atau sasaran dapat di capai.
-Meminta bantuan rakan-rakan untuk memberi teguran, cadangan dan semangat agar segala kekurangan itu dapat terus diperbaiki dari masa ke semasa.
2. Pengumpulan Data
- Tanya rakan-rakan mengenai kekurangan diri sendiri yang boleh diperbaiki.
-Muhasabah diri.
3. Pemantauan
-Melalui reaksi dan komen dari rakan-rakan.
-Melalui senarai semak jadual aktiviti harian.
-Melalui catatan yang telah direkodkan dari semasa ke semasa.
4. Penilaian
-Menilai diri saya sama ada perubahan tersebut berkesan atau tidak berdasarkan senarai semak jadual aktiviti harian dan catatan rekod yang telah di buat.
Aktiviti 2 : Refleksi Kursus GGGE 5014
Ahli Kumpulan :
1) Nur Aini Abdul Rashid
2) Siti Nazirah Ab. Wahab
3) Suzana Mohd Fauzi
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
No comments:
Post a Comment