Thursday, May 14, 2009

kuLiah MiNggu 3 (04 mEi 2009)


PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


KONSEP PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

  • Perubahan dalam pendidikan sememangnya tidak dapat dielakkan. Ia boleh menyebabkan percambahan ilmu.

  • Perubahan menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.(Oliver 1996 - Buku The Management of Education Change : A Case Study Approach).

  • Perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian. Ketikpastian mesti dielakkan kerana ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.


Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan :

1. PERUBAHAN KE ARAH PENINGKATAN

Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu
dalam organisasi seperti:

- Berlakunya perubahan dalam struktur organisasi.
- Memperkenalkan teknologi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen & produktiviti staf.

2. PERUBAHAN STRATEGIK ORGANISASI

Melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

- Mendefinisikan semula peranan organisasi.
- Perubahan nilai teras organisasi.
- Pembentukan semula misi.
- Perubahan struktur & strategi organisasi.
- Mendefinisi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab &
sistem ganjaran.

3.PERUBAHAN REAKTIF

Perubahan ini berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan (stakeholders) .

- Kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran
dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosedur & cara layanan pelanggan hendaklah
dilakukan.

4.PERUBAHAN AKIBAT DARIPADA JANGKAAN

Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi
kerana kesedaran di kalangan pengurusan mhukan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara sebab perubahan ini dilakukan adalah :

- Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul.
- Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas
kehendak pelanggan.
- Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
- Persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan.
- Perubahan dalam trend tenaga kerja.


PERUBAHAN ADALAH SESUATU YANG KOMPLEKS

  • Kerumitan perubahan adalah dari segi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.
  • Ia dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi.


Perubahan secara Evolusi :

*Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.

*Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Perubahan Revolusi :

*Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PERUBAHAN ADALAH SESUATU YANG MULTIDIMENSI

  • Sebarang keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan
    melibatkan pelbagai pertimbangan.
  • Antara pertimbangan itu adalah untuk mengenal pasti 6 dimensi
    yang berkaitan dengan perubahan.

1) Tujuan Perubahan : untuk penambahbaikan.

2) Unit Perubahan terdiri daripada :


i. Individu.
ii. Kumpulan / Pasukan.
iii. Jabatan.
iv. Organisasi.
v. Sistem Organisasi.
vi. Komuniti.

3) Sifat Perubahan :

- menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4) Magnitud Perubahan :

- sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.

- perubahan dalam skala besar memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan.

- perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

5) Skop Perubahan :

- skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

6) Jangka Masa Perubahan :

- terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

MODEL-MODEL PERUBAHAN

i) Model Penggabungan Roger

ii) Model Kanter

iii) Model Rand

iv) Model Acot


Aktiviti Berkumpulan :

1. Nur Aini Abdul Rashid
2. Siti Nazirah Ab. Wahab
3. Suzana Mohd Fauzi

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaiannya.

Sebab-sebab:

1. Ketidakpastian keberkesanannya.

2. Perubahan yang berlaku secara drastik.

3. Malas untuk melakukan perubahan.

4. Tidak mahu keluar daripada zon selesa.

5. Memerlukan masa yang panjang.

6. Perbezaan pandangan daripada beberapa pihak.

7. Takut kegagalan akan berulang kembali.

8. Berfikiran sempit dan negatif.

Penyelesaian:

1. Cuba lakukan perubahan terlebih dahulu.

2. Menerima perubahan secara perlahan-lahan.

3. Perlu membina motivasi.

4. Menyatakan kebaikan melakukan perubahan tersebut.

5. Bersabar untuk melihat kesan perubahan.

6. Menerima pandangan orang lain dengan hati yang terbuka.

7. Mencuba sehingga berjaya.

8. Berfikiran terbuka dan positif.

No comments:

Post a Comment