Sunday, May 10, 2009

kuLiAH miNGGu 1 (20 aPRiL 2009)
DR.SITI FATIMAH MOHD YASSIN

Definisi kajian : Penyelidikan yang melibatkan kegiatan mengumpul dan menganalisis data dan maklumat untuk meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu topik atau untuk mengurangkan sesuatu perbuatan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Definisi Kajian Tindakan : Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama (pengetua sekolah, guru dan pelajar) membuat interventasi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.

Tujuan Kajian Tindakan dan kepentingannya kepada guru:


1) Menambahkan pengetahuan.
- Jurang2 dalam sesuatu bidang.
- Kembangkan idea serta pengetahuan sedia ada.
- Meluaskan perspektif


2) Membaiki amalan kerja.


3) Menambah kefahaman baru.


4) Meningkatkan profesionalisme dalam bidang keguruan.


5) Membina kemahiran melakukan penyelidikan.


6) Mendebatkan sesuatu polisi.


7) Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran.


8) Memperkembangkan kemahiran dengan mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.


9) Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan profesion keguruan.


10) Menyelesaikan masalah professional tanpa arahan luar.


11) Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin.


12) Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri.

Rujukan :
http://www.scribd.com/doc/10430809/Definisi-Kajian-Tindakank3


KAJIAN TIDAKAN DALAM PENDIDIKAN


Guru meneliti, menyelidik, mengkaji secara sisitematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan PENAMBAHBAIKAN (bagaiman sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan member impak kepada pelajar).

No comments:

Post a Comment