Thursday, May 14, 2009

kuLiAH MiNGGu 4 (11 mEi 2009)

BENTUK-BENTUK KAJIAN
Kajian Ekperimental
  • Juga dikenali sebagai Kajian Kuantitatif.
  • Pada mulanya kita membuat kajian tindakan tersebut.
  • Kajian itu dilakukan beberapa / banyak kali.
  • Kemudian minta cikgu lain melakukan kajian yang sama dan menggunakan kaedah yang sama tetapi tiada penambahbaikan dan seterusnya melihat keberkesanannya.

Kajian Kozai

  • Membuat kajian tetapi tidak beri penekanan kepada tahap keberkesanan.
Kajian Tinjauan/Survey
  • Merupakan input awal.
  • Analisis keperluan sebelum membuat intervensi.
  • Melihat apakah kajian-kajian lepas yang telah dibuat oleh orang lain.
  • Membaca buku-buku yang berkaitan seperti psikologi dan sebagainya.
  • Kemudian mencuba teknik tersebut di dalam kelas supaya apa yang kita lakukan berdasarkan fakta.
  • Merujuk kajian-kajian orang lain semasa proses merancang.
  • Membuat perbandingan dengan kajian-kajian lain semasa proses tindakan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAJIAN TINDAKAN

Kajian Kepustakaan : Sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan.

Membanding dan Membezakan :
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  • Kemahiran ini digunakan apabila :

i) Terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.

ii) Membuat pilihan atau keputusan.

Langkah penggunaan :

a) Perhati dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, produser, perkumpulan dan penganalisisan data).

b) Kenalpasti ciri kajian tindakan itu.

c) Tentukan sama ada kajian tindakan yang lain mempunyai ciri yang sama.

Menganalisis :

  • Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  • Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis ialah 1 kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai :
  • Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
Membuat Kesimpulan :
  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pengetahuan.
Mensintesis :
  • Menghasilkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gabungan yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.


2 comments:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete