Sunday, May 24, 2009

TuGaSan 1 ( uLaSaN BuKu )

TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH A GUIDE FOR THE TEACHER RESEARCH

NAMA PENGARANG : GEOFFREY E.MILLS

TAHUN TERBITAN : 2003

TEMPAT DITERBITKAN : UNITED STATES, AMERIKA

NAMA PENERBIT : MERILL PRENTICE HALL


KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah :

Ø Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan secara berterusan.

Ø Dilakukan oleh guru, pengetua, kaunselor sekolah atau pelajar sendiri.

Ø Kajian terhadap persekitaran sekolah atau kelas yang melibatkan warga sekolah itu sendiri.

Ø Menggunakan kaedah kualitatif.

Ø Bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan (amalan masing-masing) melalui perubahan.

OMemahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.


MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN


  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  • Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
  • Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
  • Memudahkan objektif dapat dicapai dan dapat memahami, mengubah serta memperbaiki amalan sendiri.
  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
  • Menjadikan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  • Mewujudkan kerjasama secara kolaboratif di kalangan guru dan para pelajar.


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN


Reka bentuk kajian tindakan adalah corak atau model yang dirujuk atau digunakan dalam menjalankan sesuatu kajian tindakan.


1. Model


Antara reka bentuk yang dapat dilihat dalam kajian tindakan ini adalah model :


-Kurt Lewin (1952) : Kajian tindakan berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas. Ia dilaksanakan dalam satu siri langkah-langkah gelungan yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan dan tinjauan.


-Emily Calhoun (1994) : 5 fasa dalam melakukan kajian tindakan yang berkesan, iaitu :


1) Memilih 1 aspek atau fokus kajian.
2) Mengumpulkan data.
3) Mengorganisasi data.
4) Menganalisis dan meninterprestasi data.
5) Mengambil tindakan.


-Gordon Wells (1994) : Memperkenalkan model Idealized Model of the Action Research Cycle yang meliputi pemerhatian, pentafsiran, perubahan perancangan, tindakan dan “the practitioner’s personal theory”.




-Ernest Stringer (1996) : Action Research Interacting Spiral yang meliputi proses melihat, berfikir dan tindakan. Proses ini dilakukan secara berterusan.


-Richard Sagor (2000) : Menyatakan 7 peringkat dalam melakukan kajian tindakan iaitu :
1) Memilih fokus kajian.
2) Menjelaskan teori.
3) Kenalpasti persoalan kajian.
4) Mengumpul data.
5) Menganalisis data.
6) Melaporkan keputusan.
7) Mengambil tindakan.


-John Creswell (2002) : Kajian tindakan adalah sesuatu yang dinamik, proses yang fleksibel melibatkan langkah-langkah berikut :



1) Menentukan rekabentuk kajian tindakan yang paling bagus untuk digunakan.



2) Mengenalpasti masalah, mengesan sumber-sumber yang yang berkaitan, menentukankan maklumat penting.



3) Melaksanakan data yang dikumpulkan.



4) Menganalisis data tersebut.



5) Membina perancangan untuk sesuatu tindakan.



6) Menjalankan rancangan serta refleksi, sama ada tindakan yang telah dibuat itu memberikan perbezaan dan kelainan ataupun tidak.


* Secara kesimpulannya semua jenis model ini boleh digunakan bergantung kepada kontek yang ditetapkan.



* Semua model kajian tindakan ini juga sebenarnya mempunyai beberapa elemen yang sama antara satu sama lain, iaitu :
1. Mengenalpasti perkara yang perlu diberi tumpuan.
2. Mengumpulkan data. (tinjaun, temubual, kad laporan dll)
3. Menganalisis dan mentafsir data.
4. Mengambil tindakan.



Keempat-empat elemen ini dikenali sebagai ‘The Dialectic Action Research Spiral’.


2. Sampel / Participant


Masalah : Bagaimana meningkatkan teknik pengajaran dalam bidang kokurikulum di kalangan pelajar minoriti yang bertentangan dengan budaya mereka. Guru memutuskan teknik terbaik untuk mengajar ESL ( Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ) dan bagaimana strategi atau kaedah itu memberi kesan.


3. Seting Kajian


Kajian dilakukan ke atas pelajar minoriti di sebuah sekolah.


PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN


1. Menyatakan tujuan kajian
2. Mengenalpasti kesuesuaian kajian
3. Membina soalan kajian
4. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian dan penambahbaikan
5. Menyatakan ahli kumpulan yang terlibat dalam kajian ini
6. Menyatakan syarat-syarat yang perlu ditekankan
7. Menetapkan jangka waktu
8. Menyenaraikan sumber rujukan
9. Menyatakan teknik pengumpulan data


PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA


Menggunakan teknik pengumpulan data secara kualitatif


1. Instrumen kajian


· Data
· Borang

2. Teknik pengumpulan data


§ Dapatan sumber asal yang ada di sekolah
§ Dapatan maklumat aktiviti harian
§ Maklumat dari soalan
§ Sumber konvensional ( pemerhatian, penyolan, temubual )
§ Sumber sokongan ( sikap, portfolio, rangka kerja )
§ Temuduga
§ Pengalaman
§ Penyoalan
§ Penyelidikan
§ Tinjauan
§ Gambar
§ Rakaman

3. Teknik penganalisisan data


Ø Mengenalpasti tema kajian
Ø Mengekod pemantauan, temuduga dan soal jawab
Ø Menyatakan pokok persoalan
Ø Mengadakan kajian tentang organisasi
Ø Menyatakan peta konsep
Ø Menganalisis elemen kesan dan kemungkinan kajian
Ø Menyatakan dapatan
Ø Menentukan kelemahan dapatan
Ø Menggunakan perisian komputer untuk mengalisis data

ETIKA KAJIAN TINDAKAN


1. Garis panduan :
-Pengkaji perlu mengetahui garis panduan etika kajian.


-Pengkaji perlu mengetahui bagaimana hendak mendapat hasil jawapan yang bermutu.


-Perlu tahu prinsip sosial yang wujud dalam komuniti kajian.


-Tiada ruang untuk melakukan sebarang penipuan di dalam kajian.


-Memastikan data yang diperolehi merangkumi garis panduan kajian tindakan.

2. Konsep etika dalam rangka kerja kajian kualitatif :
-Tidak meletakkan perspektif yang rendah terhadap guru sebelum dan selepas melakukan kajian.

-Mengenalpasti etika yang patut di ambil dan mendalami perasaan responden.

-Mewujudkan praktik hubungan yang baik dengan responden.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Strategi Wolcott dalam memastikan kesahan kajian tindakan


Sebagai pengkaji kita perlu mengambil berat terhadap strategi yang digunakan, ini kerana ianya berkait rapat dengan kesahan dan kualiti supaya ianya menjadi satu kajian yang terbaik. Ini merangkumi langkah-langkah berikut ;


1. Sedikit bercakap banyak mendengar.
2. Merakam pemerhatian secara terperinci.
3. Menulis dapatan secara beransur-ansur.
4. Memaklumkan kepada responden intipati kajian.
5. Laporan yang lengkap.
6. Kepelbagaian kajian.
7. Mendapatkan maklum balas.
8. Menulis secara teliti dan menyeluruh.


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada para guru sekiranya mahu menjalankan kajian tindakan. Secara kesimpulannya buku ini memuatkan beberapa elemen penting yang harus diberi penekanan oleh guru sebagai penyelidik. Pada peringkat awal penulis terlebih dahulu menjelaskan definisi kajian tindakan, sejarah awal kajian tindakan serta tujuan melakukan kajian tindakan. Penulis juga turut menampilkan beberapa jenis reka bentuk atau model yang boleh di guna pakai semasa menjalankan kajian tindakan. Kemudian barulah penulis menerangkan prosedur atau proses yang perlu dilakukan.Di samping itu, di dalam buku ini juga turut mempunyai carta, gambarajah serta contoh-contoh releven yang dapat meningkatkan kefahaman guru apabila membacanya.


No comments:

Post a Comment